Setiap dugaanNya.

Setiap kali Tuhan menguji dengan meletakkan kita di tengah-tengah permasalahan, kekalutan dan saat kita jatuh ke bawah, bukanlah bermakna Dia menghukum kesalahanmu. Dia hanya menguji kekuatan iman dan kesabaranmu. Melihat bagaimana caranya kita menyelesaikan setiap yang berlaku dan bangun menyelesaikannya kerana setiap persatu yang berlaku hanyalah kerana Dia mahu menyedarkan umatNya yang sedang leka. Dugaan yang kita hadapi dalam hidup merupakan tanda cinta yang maha Esa dalam mengajar umatNya mencari kekuatan agar menjadi insan yang lebih tabah dan bijaksana di masa akan datang.

Setiap dugaan yang terjadi membuatkan kita kuat dan lebih memahami. Alhamdulillah, saya belajar melalui kesilapan dan saya yakin saya lagi baik dari hari semalam. Saya bersyukur diberi ujian dan dugaan. Dia seakan  memberitahu saya bahawa saya umatNya yang dicintai :)

1 comment:

Cikjan said...

watever it is.. u rawk beb.. ;)

Post a Comment