...ditakdirkan saya bertemu jodoh, saya tak akan persoalkan siapapun dia, apapun dia, asalkan dia seorang lelaki yang datangnya dari keluarga yang baik-baik, berilmu, berhemah tinggi dan menghormati ibu-bapa saya seperti dia menghormati ibu-bapanya sendiri. Takkan saya meminta apapun kerana semua permintaan harta dan wang ringgit sudah saya perolehi semasa dibawah tanggungan ibu-bapa saya. Jadi saya tak perlu meminta-minta dari dia. Apa yang saya mahukan, saya hanya ingin menjadi makmumnya, mengaminkan segala doanya, menjadi isteri yang tidak akan mengatakan tidak kepada permintaannya dan menjadi penemannya dalam semua perkara yang dilakukannya. Saya mahu dia jadi pembimbing hidup saya. Amin.
No comments:
Post a Comment