Hari Bertemuduga (I).

Semalam dalam hidup aku, sejak beberapa tahun  yang lepas, aku tak pernah bangun pagi, melainkan tersedar untuk cari selimut, sakit perut atau tengok jam. Tapi semalam ajaib sangat, sebab pukul 7 aku dah bangun dan mandi. Awal gila, pada akulah kan. Semata-mata untuk interview. Pakai cantik-cantik, wangi-wangi lepastu mekap. Ye, aku bangun pagi dan mekap. Takla macam Ngah Gayah sangat, tapi cukuplah orang nampak muka aku ada warna-warna sikit.

Bila on the way pergi tempat kejadian, aku jadi cuak. Dengar radio taknak, bercakap taknak, pasang air-cond kuat-kuat taknak. Breakfast pun taknak (Aku percaya breakfast pagi-pagi, buat aku rasa nak berak). Nanti elok-elok aku nak interview, aku kena cari jamban pulak.

Dah sampai kat sana, yang annoy kan aku ialah adalah interviewee ni sekali dengan aku, 2 orang lelaki. Lepastu aku overheard dorang borak, sumpah tak boleh belahhhh. Yang sorang tu dari Saatchi&Saatchi. Sorang lagi muka ala-ala Alif Aziz. Ceritanya, mamat Alif Aziz ni tanya macamni, " I heard you're driving BMW now". Dengan selamba mamat Saatchi&Saatchi ni jawab, " You heard about that? Yahh, soonlah. Still planning.. "

Ok, 1st, aku meluat. Second, ok, kau sungguh jelik. Third, confirm kau gebang lebih. Oh, puhlizzz. Nasib baik apa yang aku dengar ni tak rosakkan minda aku nak pergi menyerah diri untuk di temuduga lepas tu. Nasib baik, cerita-cerita tahyul ni semua tak mengganggu kepala otak aku yang masa tu tengah fikir idea untuk mengarang esei yang dorang nak bertajuk "Chemical Castration" dan ingatan aku pasal hal-ehwal organisasi syarikat tu.

Owhh, pada mereka yang kata tempat aku pergi ni sux, bad or government style, nak mocking-mocking ke apa, i don't give a damn. Aku tak makan dengan kata-kata orang. Kau orang punya pasal ok. I know the thing that you don't know about this organization. Thanks.

No comments:

Post a Comment