Aku dulu stalker.

Aku pernah jadi stalker, tapi bukan stalker yang terlalu obses. Aku suka tapi aku tak pernah dapat. Aku tak pernah luahkan dengan perkataan yang aku suka. Mereka ialah seorang yang...
  • Beratitud
  • Kelas A, bijak
  • Ada jawatan di sekolah
  • Neat and tidy
  • Putih chinese look
  • Nama pelik
  • Cool dan pendiam
******
Masa sekolah rendah.
Aku pernah suka seorang abang senior. Dia anak tunggal, kecik macam aku tapi rambut dia sikit kerinting, tapi dia tak hitam. Comel. Tiap-tiap hari nak pergi sekolah, aku mesti tunggu dia. Dia sekolah English College, JB dan dia mesti kena lalu depan rumah aku untuk ke sekolah. Siapa yang sekolah EC mestilah orang tu hot, pandai, kacak dan bergaya (pada pandangan aku yang mentah masa itu). Kalau dekat sekolah agama, aku suka lalu depan kelas dia, tengok dia. Dia duduk depan, dekat dengan pintu. Hari-hari pakai baju Melayu teluk belanga. Aku cuma perasan-perasan sendiri. Tak pernah pun cakap aku suka dia, sebab tu dia tak tau yang aku suka dia. Aku masuk Kelab Bahasa Inggeris masa sekolah rendah pun sebab dia ahli kelab tu. Aku belajar lagu 'You're my sunshine' dalam kelab ni lah. Konon-konon masatu diala sunshine aku.
    ******
    Masa sekolah menengah. 
    Aku kawan dengan senior S. (Dia jiran aku dan selalu kacau aku kalau aku main pondok-pondok depan rumah dulu) Dipendekkan cerita, satu hari kawan aku ni kenen-kenenkan aku dengan sorang budak. Sumpah aku tak kenal. Lama-lama, aku baru dapat tengok siapa budak yang senior S sibuk kenen-kenenkan dengan aku tu. Not bad. Pustakawan sekolah. Sejak haritu, aku terus bercita-cita nak jadi pustakawan sekolah sebab nanti boleh sama-sama jaga perpustakaan. Tapi cikgu kata aku tak boleh jadi pustakawan. Alasannya, aku berjawatan Penolong Ketua Tingkatan.

    "Cikgu, saya boleh bahagikan masa dan tugas saya"
    Tapi cikgu aku tak terima. Sudahlah cikgu! Cikgulah penghalang kebahagian aku.

    Waktu rehat, aku mesti lalu kelas dia. Kalau pergi toilet, aku mesti nak pusing kelas dia. Kadang-kadang tu, aku sengaja pergi kelas kawan aku S, nak jumpa S, tapi sambil-sambil tengok abang pustakawan. Pernah dedication day, aku bagi chocolate kat abang pustakawan. Tapi aku sign as 'SA, secret admirer'. Lepas tu, naik form 2 aku pindah sekolah. Terus aku bubarkan perasaan aku dekat abang pustakawan tu.

    ******
    Masa sekolah menengah, lagi.
    Aku pindah sekolah dekat daerah. Aku terperasan sorang senior. Tinggi, putih, kelas A. Memang citarasa kanak-kanak macam aku sebab dia kelas Sains A. Tapi kali ni, aku tak suka sendiri, sebab senior tu pun suka aku. Kitaorang kawan-kawan. Tapi ramai budak perempuan sekolah tak suka. Aku pun pernah bagi coklat dekat abang senior ni ber 'sign' 'SA, secret admirer' masa mula-mula aku tau dia suka aku (Percubaan aku nak memberi respond kat abang tu). Senior tu suka tunggu aku habis kelas, sebab nanti boleh jalan sama-sama keluar sekolah. Dia macam hot jugakla kat sekolah tu, playboy sikit tapi style. Tapi lantakla, bukan dia boyfriend aku pun. Lepas dia dah habis SPM, aku tak tau dia kemana. Last aku jumpa 5 tahun lepas dekat Dome, KLCC dengan gadis-gadis 2x ganda hot dari aku. 

    ******
    Zaman UiTM.
    Aku bukan popular sangat, hot apatah lagi. Tapi aku berkenan dekat sorang budak ni. Dia kawan kepada boyfriend kawan aku. Tinggi, putih, kemas, chinese look. Nama dia pun unik. Kitaorang pernah keluar sama-sama, tapi setakat Merdekafest je, aktiviti hari merdeka dekat Padang Kawad UiTM. Masa tulah peluang tangkap gambar, jalan-jalan sekali. Lepas tu, kawan aku ni cakap budak yang aku minat tu ada boyfriend. Ya boyfriend.

    Mula-mula susah nak percaya. Tapi lama-lama percaya jugak, bila aku selidik sendiri dari kawan-kawan satu blok dengan dia. Lepas tu, aku terus tak minat dah. Memang rupanya dia ada boyfriend. Kenapa dia ada boyfriend. Patutlah dia tak layan aku, aku ingat aku ni tak hot. Rupanya dia suka yang sejenis. Tapi aku tetap halalkan coklat yang aku pernah dedicate dekat dia dulu setiap kali ada dedication day. Aku still 'sign' as 'SA, secret admirer'.

    ******

    Kesian kan?
    Semua cerita aku takde happy ending. 
    Hahahahahaha~

    No comments:

    Post a Comment