hadiah sebuah pelangi.

sudah 10 hari umur aku melangkah melebihi suku abad, dan sekarang aku sedar yang aku dah pun tua. tapi apa yang aku ada? aku mahukan sebuah pelangi.

iya pelangi. tapi pelangi tu tak  selalu ada..
kejap-kejap dia ada, kejap-kejap dia hilang.
lepas hujan dia ada nun di hujung garisan jalan, tapi tak lama.
sebab dia datang sekejap sangat.
tak puas nak dibelek,
tak sempat nak dikira warna-warnanya,
tak sempat nak ku tangkap kilaunya,
dia dah pun malap,
padam dan hilang begitu sahaja.

* tersentak. baru aku sedar.
dah lama aku tak nampak pelangi. lamanya seperti dah lama benar aku tak nampak warna kehidupan dalam hidup sendiri. selalu yang ada dalam kaca pandangan pun cuma pelangi berskala kelabu.

pelangi,
bila kau nak muncul lagi?
aku pingin mengejarmu. melihatmu dari dekat. terasa juga ingin mengendongmu. tapi sayang, masanya belum tiba. sabar dulu, nanti hujan sore, aku tunggumu di jendela. biar ku tatap puas-puas cantiknya hadiah ku itu. dingin nafsuku kata bawa kau pergi, tapi pujuk hatiku takkan mampu ku bawa lari. pasrahlah, baik ku tatap saja wajahmu dengan hela nafas ku sendiri dari sini, dari jauh. sebuah pelangi yang aku dambakan takkan pernah ku gapai sampai bila-bila. hanya yang mampu, melihatnya datang dan pergi dari jauh..

No comments:

Post a Comment