Mimpi yang menyedarkan.

Mimpi 2 malam lepas
Malam semalam aku mimpi aku ada dekat satu kawasan lapang dan ramai orang. Macam padang yang sangat luas. Lepas tu, ramai orang sibuk nak menyorok dan duduk diam-diam. It's like everybody taknak berada di kawasan yang terbuka. Masa aku sibuk mingle around tanya orang-orang ni semua kenapa, dorang kata "Baik-baik, kejap lagi Dajjal keluar, duduk diam-diam". aku nampak ramai orang bersembunyi sebab takut. Aku dengar dorang kata, jangan sampai dajjal nampak kita. Masa dajjal keluar, aku cuba nak tengok curi-curi muka dajjal tu, sama macam yang ustaz aku pernah cerita. Dajjal besar, mata merah, bengis, mata ada satu. Dajjal dalam mimpi aku tu lebih kurangla, tinggal lagi dia warna merah satu badan.

Terus tu jugak aku tersentak, aku bangun. Aku duduk, shivering satu badan. Tengok jam, pukul 3.00am. Aku bangun, ingat Tuhan. Aku sambung balik tidur sampai alarm pagi bunyi.

******
Mimpi lagi malam tadi.
Aku mimpi hari kiamat dan aku tengah berlari nak ke jambatan besar tergantung, selamatkan diri. Atas tu ramai sangat orang yang most of them pakai macam orang nak pergi haji. Ihram. Masa berlari tu, aku tiba-tiba menangis. Sambil berlari, aku cakap "Ya Allah, dah nak kiamat. Cukup ke amalan aku yg Kau suruh buat ni? Boleh ke aku nak menghadap akhirat dengan amalam ni". Terasa kecik gila aku masatu, baru aku sedar. Sambil berlari menangis, aku teringat Abah&Umi aku.

Tiba-tiba tah macamana aku dah ada dekat satu kawasan tanah tinggi. Aku nampak sorang ayah dengan anak perempuan dia, sorang besar sorang budak. Aku duduk kat tanah tinggi tu, tapi aku boleh nampak tepi-tepi tanah tinggi tu sikit-sikit runtuh dan tenggelam. Aku nampak air dah tenggelamkan keliling tempat kitaorang duduk tadi. Tapi aku boleh survive dan bertahan tak menangis sorang diri. 

Terus aku terjaga. Bila terjaga, aku rasa seram sejuk satu badan. Rasa takut campur dengan sedih. Aku cari jam, tengok dah pukul 6.30am. Istigfar banyak-banyak. On the way pergi office aku asyik teringat mimpi-mimpi aku. Apa maksudnya. Aku rasa Tuhan nak ingatkan aku selagi aku hidup supaya aku jangan leka sangat sampai tak ingat dia terus. Fikir balik, last time aku manfaat malam Jumaat baca yassin pun sebulan lepas, solat tu adalah tersasar ikut hari. Umi aku selalu pesan dalam telefon setiap malam, ingatkan&tanya aku dah solat belum. Kalau mlm Jumaat dia tanya "Dah baca Yassin?". Apa yang aku dah mimpi, aku jadikan iktibar&peringatan yang Tuhan masih sayangkan aku sebelum semua terlambat. So, mulai harini aku akan ingat Tuhan lebih kerap dari sebelumnya. Amin.

No comments:

Post a Comment